UNIT PEPERIKSAAN
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
PENGENALAN
PSPM adalah merujuk kepada peperiksaan akhir yang akan diadakan pada penghujung Semester 1 dan Semester 2. Subjek yang dinilai ialah semua matapelajaran Teras dan Bahasa Inggeris. Peperiksaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM). Sistem Purata Nilai Gred (PNG) bagi setiap Semester dan Sistem Purata Nilai Gred Kumulatif / Keseluruhan (PNGK) akan digunakan dalam program ini.
SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Kriteria dan syarat-syarat menduduki peperiksaan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi :
a. Telah mendaftar kursus. Pihak Kolej wajib mendaftarkan pelajar untuk menduduki peperiksaan. Pelajar yang tidak mendaftar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
b. Memenuhi peraturan kehadiran kuliah, tutoran dan amali (untuk pelajar sains dan teknikal) termasuk menyempurnakan semua tugasan dan kerja yang ditetapkan oleh BMKPM.
c. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
d. Pengarah Kolej Matrikulasi berkenaan telah mengakui secara bertulis bahawa pelajar itu telah menghadiri kursus dengan memuaskan untuk menduduki peperiksaan ; dan
e. Bahagian Matrikulasi telah mengakui secara bertulis bahawa pelajar tersebut tidak berhutang dengan Pusat/Kolej/Bahagian Matrikulasi.
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
Pencapaian akademik pelajar bagi setiap semester adalah berdasarkan PNGS dan PNGK yang diperolehi (rujuk Lampiran A).
a. Pelajar perlu mendapatkan PNGS ≥ 2.00 untuk meneruskan pengajian ke Semester II.
b. Pelajar diberi peluang meneruskan pengajian ke semester seterusnya tetapi diberi AMARAN dan diletakkan di bawah tempoh pemerhatian akademik jika memperolehi 1.5 ≤ PNGS < 2.00.
c. Pelajar yang memperolehi PNGS < 1.50 di Semester 1 akan diberi status GAGAL dan diberhentikan daripada pengajian.
PENYEMPURNAAN KURSUS
Pelajar dianggap telah menyempurnakan kursus Program Matrikulasi KPM setelah memenuhi syarat-syarat berikut :
a. Mengambil sejumlah 20 unit kredit seminggu bagi Jurusan Sains dan Jurusan Teknikal. Manakala 21 unit kredit seminggu bagi Jurusan Perakaunan. Keseluruhan penyempurnaan kursus Program Matrikulasi adalah selama 36 minggu (dua semester). Jumlah unit kredit ini tidaki termasuk mata pelajaran wajib dan kokurikulum.
b. Memperolehi PNGK ≥ 2.0.
b. Memperolehi PNGK ≥ 2.0.
c. Menyempurnakan dan lulus semua pakej mata pelajaran wajib dan kokurikulum.
d. Pelajar yang memperolehi PNGK ≥ 2.0 akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian diperingkat Ijazah pertama di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
d. Pelajar yang memperolehi PNGK ≥ 2.0 akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian diperingkat Ijazah pertama di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.
SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Slip Keputusan Peperiksaan bagi setiap semester akan dikeluarkan kepada pelajar setelah keputusan rasmi peperiksaan telah diumumkan secara rasmi oleh BMKPM.
SLIP KEPUTUSAN SEMENTARA
Semester 1 – kolej diamanahkan oleh BMKPM untuk mengagihkan slip kepada pelajar di awal sesi pengajian Semester 2.
Semester 2 – kolej diamanahkan untuk mengeposkan slip berdasarkan alamat kediaman pelajar.
Semester 2 – kolej diamanahkan untuk mengeposkan slip berdasarkan alamat kediaman pelajar.
SLIP KEPUTUSAN RASMI
Semester 1 - kolej diamanahkan oleh BMKPM untuk mengagihkan slip kepada pelajar di awal sesi pengajian Semester 2.
Semester 2 – BMKPM akan mengeposkan slip ke alamat kediaman pelajar.
Semester 2 – BMKPM akan mengeposkan slip ke alamat kediaman pelajar.
PENYEMAKAN SEMULA
a. Calon yang tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi dibenarkan untuk memohon penyemakan semula skrip jawapan setelah keputusan diumumkan.
b. Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang khas yang disediakan oleh BMKPM.
c. Borang permohonan hendaklah sampai ke BMKPM dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dikeluarkan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Bayaran sebanyak RM50.00 dikenakan pada setiap kertas jawapan yang hendak disemak. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos / bank draf atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muat Turun
ARAHAN/PERATURAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA
KEHADIRAN KELAS
a. Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah, tutoran, amali (pelajar sains) dan pengajaran lain yang ditetapkan sepanjang pengajian.
b. Pelajar yang kehadiran kurang daripada 90% dalam mana-mana mata pelajaran tanpa sebab yang munasabah dan tanpa kebenaran pengarah kolej tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan. Pihak kolej mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan kepada peruntukan Kaedah 4, AKTA 174. Walau bagaimanapun, apa juga keputusan yang telah diambil perlu dimaklumkan secara bertulis kepada Pengarah BMKPM.
c. Di bawah Kaedah 48, AKTA 174, pelajar yang tidak memenuhi peratus kehadiran yang ditetapkan boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan.
d. Pelajar yang dihalang daripada menduduki peperiksaan bagi semua mata pelajaran yang telah didaftar tanpa alasan yang boleh diterima oleh BMKPM bagi sesuatu semester akan ditamatkan pengajian dan tidak akan diterima masuk semula ke Program Matrikulasi KPM.
PENIPUAN DALAM PEPERIKSAAN
Di bawah Kaedah 3 (j), AKTA 174, pelajar yang didapati bersalah melakukan penipuan dalam mana-mana peperiksaan akan dikenakan tindakan tatatertib dan akan diberi gred "F" bagikertaas peperiksaan berkenaan. Rayuan berhubung perkara ini tidai dipertimbangkan.
No comments:
Post a Comment